Monday, 3 April 2017
Sambungan Kisah CSR Saya di SK Tiara Permai 3.4.17 tentang CARA BELAJAR TERBAIK
Buat mereka yang berminat NAK TAHU.....ini sambungannya....................... Aktivit CSR saya di SK Tiara Permai hari ni .
=======================================
Kelas JUARA hari ni - objektif nak perbetulkan CARA BELAJAR anak2 JUARA
1. Minta mereka senaraikan secara individu cara belajar peribadi mereka
2. Minta mereka terangkan kepada seorang rakan lain tentang (1) dan dengar penerangan rakan tu ttg (1)
3. Minta mereka tulis dari MEMORI ttg cara brlajar rakan mereka dalam (2)
4. Jumpa semua rakan tadi dan minta rakan tu SEMAK hasil kerja no (3). Balik ke tempat asal.
5. Jumlahkan Cara Belajar Peribadi kamu.
6. Pergi jumpa semula rakan tadi, beri dia markah untuk hasil kerja dari memori dia tadi.
7. Minta mereka dapatkan % daripada pecahan per jumlah tadi. Tanya siapa dapat 10%, 20% sampai 100%. Wow! Ada yang dapat 100%!! Hebat.
8. Beritahu mereka yang dapat kurang 40%,KAMU GAGALLLLL!!! Kamu dapat RENDAH sebab kamu tak beri perhatian kepada penerangan kawan kamu. Ada kawan kamu dapat 100% sebab dia dah amalkan FOKUS pada penerangan orang lain. Kamu boleh jadi macam rakan2 kamu tu kalau kamu mahu. Atau kamu boleh terus GAGAL!
9. Kumpulkan mereka, duduk dapat depan whiteboard
Then baru saya terangkan CARA BELAJAR yang betul. Bagi mereka sekeping kertas untuk AMBIL NOTA.
Rujuk gambar yang saya lampirkan, untuk dapat general idea tentang apa yang saya kongsikan.
1. Sebelum cerita tentang CARA BELAJAR, perlu tahu tentang PROSES BELAJAR
2. Sebelum tahu tentang PROSES BELAJAR, perlu tahu 3 CARA ILMU MASUK ke dalam OTAK
3. Barulah boleh bercerita tentang CARA BELAJAR iaitu mesti mengambil kira 3 cara ilmu masuk ke dalam otak dan ada semua aktiviti dalam PROSES BELAJAR.
CARA BELAJAR setiap orang tidak sama
Tapi semua orang ada persamaan
CARA BELAJAR yang TERBAIK ialah yang kita paling SELESA untuk menerima ilmu masuk ke dalam otak kita. Suasana yang kita HAPPY. Emosi kita stabil. Kita tidak berasa stress.
Then habis masa. Bersambung minggu depan di mana saya telah meminta mereka menulis semula nota yang mereka salin tadi menjadi nota lengkap yang mereka boleh TERANGKAN kepada orang lain.
Next time saya jumpa mereka, mereka perlu ulang proses menerangkan kepada rakan dan mendengar penerangan daripada rakan. Then mereka perlu bandingkan nota mereka dengan nota rakan. Then tambah apa yang terkurang atau keluarkan apa yang tersilap dengar.
Itu sahaja perkongsian saya dengan anda. Terima kasih kerana NAK TAHU.
Semoga bermanfaat.
Subscribe to:
Posts (Atom)