Saturday, 6 February 2016

Cerita tentang seorang Makcik Kantin yang LUARBIASA




Cerita tentang seorang Makcik Kantin yang LUARBIASA


=============================================






Seorang wanita. Umur 40-an. Wajah lesu. Biasa dipanggil dengan gelaran Makcik Kantin. Sempoi. Tidak anggun tetapi kemas dan bersih.






Layan borak. Saya berminat nak tahu. Dia tak keberatan untuk bercerita.






Rupa-rupanya perniagaan Kantin Sekolah ni indah khabar dari rupa. Orang luar mungkin boleh mencongak dan menyangka pemilik kantin tersenyum gembira setiap hari ke bank. Tetapi makcik ini lain ceritanya.






Terbayang kerisauan. Sering mengeluh. Berharap lauk-pauk yang dimasak olehnya akan terjual. Terbit rasa kasihan. Teruskan melayan borak. Makcik Kantin sama peramah macam saya.






Pelbagai topik kami bualkan. Dari satu topik ke satu topik.






Akhir sekali tentang kerja saya. Makcik sering memanggil saya 'cikgu'. Gaya macam cikgu katanya. Ya ke? Hehehee....betul tu tapi cikgu jadian, cikgu olok-olok. Tak layak mengaku cikgu tulen sebab tak pernah mengajar di sekolah. Senang cerita, saya bagitau saya cikgu tuisyen, bukan cikgu sekolah. Cikgu jugak tu katanya.






Kemudian saya beritahu, bukan sekadar cikgu, saya juga jual buku di internet. Selain itu saya buat bengkel untuk mengajar budak2 sekolah tentang Teknik Belajar supaya mereka jadi Minat, Rajin dan Pandai Belajar.






Biasanya orang lain, bila sebut tentang hal belajar ni, mereka tak teruja. Tapi makcik kantin ni amat berminat. Maka saya boleh buat kesimpulan, walaupun makcik nampak tidak terurus tapi dia prihatin tentang pendidikan anaknya.






Jadi apabila saya beritahu dia tentang Kerja terbaru saya yang membolehkan budak belajar guna handphone sahaja, dia terus tanya "macam mana tu? Anak akak selalu dengan fon aje".






Saya BERKONGSI cerita tentang teknik terbaru ni tak sampai seminit. Hanya 2-3 ayat sahaja, terus dia kata "Akak naklah!". Terkesima saya. Bukan sebab saya pandai explain tapi betapa pantasnya dia buat keputusan yang anak dia PERLUKAN sesuatu untuk bantu dirinya jadi minat, rajin dan pandai belajar.






Saya tak jual terus. Saya cerita lagi. Terangkan lagi. Pastikan dia puas hati apa yang dia bakal nak beli ni memang diperlukan oleh anaknya.






Akhir sekali, makcik kantin bayar tunai RM350 on the spot, walaupun kutipan jualannya hari itu nampak tenat. LUARBIASA sungguh wanita ini.






Saya terus daftarkan untuknya. Petang nanti anaknya dah boleh guna untuk berubah jadi minat, rajin dan pandai belajar. Aamiin.










Kisah Benar,


HT Amir


7.2.16

No comments:

Post a Comment